Auto TravelTravel

Eropah dan Malaysia bersetuju untuk menyelaras pengesahan Sijil Vaksinasi Digital

SEMPENA pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April, kerajaan Malaysia dilihat akan cuba untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengesahan vaksinasi COVID diantara negara-negara lain.

Proses tersebut sudahpun bermula dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara yang menerima MySejahtera sebagai pengiktirafan rasmi bahawa seseorang rakyat Malaysia telah menerima vaksinasi yang sepatutnya.

Baca juga > Lengkap vaksinasi: Pelancong Covid-19 tak perlu kuarantin

Terkini, pengiktirafan tersebut sudah dilanjutkan kepada negara-negara di dalam Kesatuan Eropah. Ini bermakna bahawa mana-mana perantau dari Malaysia dan negara Kesatuan Eropah boleh menunjukkan samada aplikasi MySejahtera ataupun aplikasii Digital COVID Certificate sebagai cara untuk mengesahkan bahawa mereka telah divaksinasi sebelum memasuki negara.


Keputusan ini juga rasmi dan berkuat-kuasa bermula hari ini, 4 April 2022 dan juga membolehkan rakyat Malaysia untuk menggunakan sijil vaksinasi digital didalam MySejahtera di negara-negara Kesatuan Eropah, dan membolehkan pelancong dari Kesatuan Eropah untuk menggunakan EU Digital COVID Certificate di Malaysia.

Kesetaraan sijil vaksinasi digital ini akan menggalakkan peningkatan kemasukan pelancong dan juga perniagaan, disamping meningkatkan kekuatan ekonomi diantara kedua-dua negara ini. – SM

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button