Hiburan

Dunia hiburan ada dua musim…

DUNIA hiburan tempatan sekarang ini mengalami dua musim. Pertama, musim artis kantoi dadah dan musim kedua, anak artis masuk sekolah berasrama penuh.

Kita imbas sedikit musim pertama artis kantoi dadah. Dua berita terhangat di pasaran membabitkan Yasin Brothers yang berhadapan dengan dua pertuduhah.

ANAK sulung Rita Rudaini melanjutkan pelajaran ke MRSM. Semoga berjaya dalam akademik.

Dua pertuduhan itu ialah memiliki dadah dengan menanam 17 pasu pokok ganja di kondominumnya di Kota Damansara dan pertuduhan kedua, mengedar dadah.

Terkini, yang masih panas dalam ketuhar ialah kisah pelawak yang menggunakan nama pentas, Tauke Jambu. Dia bersama empat rakannya dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memiliki dadah jenis ketamin.

Seorang ganja, seorang lagi ketamin. Tentunya Tauke Jambu atau nama sebenarnya, Zamatul Amri, 46, tidak mengaku salah memiliki secara bersama, dadah jenis ketamin seberat 0.37 gram.

Musim kedua, anak artis masuk asrama penuh. Anak aktres Rita Rudaini, Rayyan, sudah besar dan berusia 13 tahun.

Dalam dibesarkan oleh ibu tunggal kerana status Rita, anak lelaki Rita dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran yang mana akhirnya dia diterima belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Susah payah Rita sebagai seorang ibu, kita tolak tepi isu vaksinasi Covid-19, dia berjaya membentuk anaknya untuk berjaya dalam pelajaran.

Walaupun ini sebagai satu permulaan bagi anak Rita namun ia memberi bayangan bahawa masa depan ibu tunggal dan anak yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah, boleh berjaya dalam kehidupannya.

Titisan air mata Rita Rudaini ketika menghantar Rayyan ke MRSM ibarat air mata bangga seorang ibu yang semestinya melakukan banyak pengorbanan dalam mendidik dan membesarkan dua orang anaknya.

Sedikit berbeza senario anak Anne Ngasri yang menghantar anaknya melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Saad Melaka.

Sebagai ibu, Anne tidak pernah berpisah dengan anaknya dan inilah pengorbanan perasaan yang perlu dilakukan oleh aktres ini apabila melepaskan dan mengizinkan anaknya ke kolej tersebut.

Kata Anne, semoga anak sulongnya, Abdul Warits, 16, belajar bersungguh-sungguh dan setiap usaha itu pasti membuahkan kejayaan. – SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button