Hiburan

Tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, Sweet, Adam selamat bertunang

SELEPAS tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee selamat mengikat tali pertunangan semalam.

Majlis pertunangan itu telah berlangsung di sebuah rumah di Ampang, Selangor dengan kehadiran ahli keluarga kedua belah pihak.

Perkara ini telah diumumkan menerusi akaun Instagram masing-masing yang kelihatan cantik dan sepadan dalam persalinan songket berona biru langit.

Difahamkan mereka akan mengikat tali pertunangan selama setahun tetapi tarikh perkahwinan masih belum diputuskan.

“Kami mengikat tali pertunangan selama setahun. Namun, perancang atau tarikh untuk mendirikan rumah tangga masih belum ada lagi.

Kami selesaikan majlis pertunangan terlebih dahulu,” katanya.

Tambah Sweet, majlis pertunangan mereka telah lama dirancang dan dan gambar pertunangan mereka bukan babak dalam drama atau gimik sempena majlis anugerah yang akan berlansung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, dalam majlis pertunangan itu, Sweet meyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada Adam.

Hubungan cinta mereka mula dihidu oleh peminat apabila mereka mula berkongsi gambar masing-masing di Instagram sekitar 2019. – SM

(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button