fbpx
Uncategorized

Dua wanita ditahan edar, tanam pokok ganja

DUA wanita berusia 25 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan menanam pokok ganja.

Kedua-dua suspek ditahan ketika mereka berada di dalam kereta di Jalan SS5A/9 Kelana Jaya, Selangor kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menemukan satu peket lutsinar dipercayai berisi dadah jenis ganja (125 gram) di dalam kenderaan tersebut.

dadah

“Hasil siasatan awal, seorang daripada suspek telah mengakui ada menanam pokok ganja di rumah miliknya di Kelana Jaya.


“Pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan empat pokok disyaki pokok ganja dalam tiga botol plastik berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kedua-dua suspek sebelum ini bebas daripada rekod jenayah dan dadah.

dadah

Jelasnya, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan terhadap semua suspek bagi melihat penglibatan mereka terutamanya dalam kes pengedaran dadah di kawasan Petaling Jaya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button