NasionalPena Cikgu Kamarul

Alumni UPSI Pecah Rekod Malaysia Bina Struktur Terumbu Glob terbesar di dasar laut.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini berjaya menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan pembinaan struktur glob terbesar di kawasan Pusat Taman Laut Pulau Redang di sini.

Para penyelam Alumni UPSI bersama struktur terumbu glob terbesar di Taman Laut Pulau Redang.

Struktur terumbu glob ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan itu serta kedalaman 11 meter, diturunkan oleh seramai 10 alumni daripada pelbagai fakulti diketuai Naib Canselor UPSI sendiri, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff yang juga merupakan salah seorang alumni institut pendidikan terulung tersebut.

Md Amin ( tengah, kanan), menerima sijil Malaysia Book of Records oleh pegawai pengesah rekod sambil disaksikan Norkhalid ( tuujuh dari kanan) dan Siti Hartini (empat dari kanan) di Taman Laut Pulau Redang.

“Sebagai institusi pendidikan keramat, UPSI terbina daripada sebuah semangat perjuangan pendidikan dan kejayaan ini adalah untuk membuktikan kecintaan kami para alumni terhadap universiti bertuah kami,“ jelasnya semasa sesi penerimaan sijil pengiktirafan daripada MBOR.

Md Amin ( tengah) bersama para penyelam alumni Anak Kandung Suluh Budiman menerima serahan sijil Malaysia Book Of Records di Pusat Taman Laut Pulau Redang.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata, dengan adanya struktur terumbu tersebut sekali gus membantu Jabatan Perikanan dalam usaha pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut yang baru-baru ini musnah akibat ditimba taufan Pabuk sekitar Januari 2019.

Kumpulan penyelam alumni UPSI berjaya menempa nama di Malaysia Book of Records.

Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI Dr Siti Hartini Azmi mengalu-alu usaha alumni yang dikenali sebagai Anak Kandung Suluh Budiman itu untuk mengharumkan nama universiti dengan penganjuran di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

(Visited 509 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button