BeritaNasionalNegeriPendidikan

Empat pelajar UniMAP memasak untuk Promosi Masakan Perlis di Luang Prabang, Laos

BUAT pertama kali Promosi Masakan Perlis yang dilancarkan di Hotel Luang Prabang, Laos disediakan oleh empat pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Empat jenis masakan tradisional itu adalah Laksa Kuala Perlis, Kurma Daging, Pulut Mempelam dan Pekasam Perlis.

Pelajar yang terlibat mengakui bangga kerana berpeluang mempromosi makanan tradisional Perlis ke luar negara menerusi masakan.

“Cuma kami kena membawa beberapa bahan dari Perlis seperti bunga kantan, belacan, ikan pekasam dan juga laksa beras kerana ia tidak ada di sini,” kata salah seorang pelajar, Nurhani Nabila Mohd Noordin.

Promosi makanan ini termasuk dalam program Jelajah Ilmu UniMAP Edisi Ke-16 ke Laos dari 13 hingga 15 September lalu.

Program ini diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP bersama delegasi Naib Canselornya, Prof Dr Zaliman Sauli dan 28 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Sementara itu Promosi Makanan Perlis ini dilaksanakan oleh UniMAP bersama Hotel Pullman Luang Prabang, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan BMC Travel Sdn Bhd.

Berkenan berangkat ke majlis promosi tersebut, Tuanku Syed Faizuddin.

Hadir menyambut keberangkatan Baginda, wakil hotel berkenaan, Tony He dan Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia di Laos, Kolonel Nadzri Che Lah. – SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button