Bencana alamNasionalUncategorized

Letusan gunung berapi di Taman Hidupan Liar Tabin perkara biasa

FENOMENA “letusan” gunung berapi lumpur yang jarang berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu semalam telah tular di media sosial.

Video tular itu mendapat pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang mengaitkannya dengan kemungkinan berlaku gempa bumi.

Pakar geologi Sabah, Profesor Dr Felix Tongkul bagaimanapun berkata, fenomena letusan gunung berapi lumpur adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur di bumi meningkat dan terpaksa dilepaskan.

“Keadaan ini berulang apabila tekanan terkumpul dari semasa ke semasa.

“Gunung berapi lumpur seperti ini (lebih aktif) kadangkala berlaku semasa gempa bumi,” katanya ketika dihubungi sambil menambah gunung berapi lumpur bukanlah sesuatu yang baharu di Sabah.

Selain Tabin, beliau berkata kejadian seumpama itu juga boleh ditemui di daerah lain, dengan salah satu yang popular berlaku di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu. Pulau Tiga yang kini menjadi tarikan pelancong di Sabah dikatakan terbentuk hasil letusan gunung berapi lumpur pada 1897 berikutan gempa bumi di Mindanao, selatan Filipina. – SM

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button