Hiburan

Menarik dan cantik, penampilan terbaharu Zizie Izette buat peminat jatuh hati!

Jika ditanya siapakah selebriti wanita berusia lebih 40-an namun masih kekal jelita dan anggun, nama Datin Seri Zizie Izette pasti akan turut disebut-sebut.

Zizie yang juga merupakan ibu kepada lima anak dilihat begitu pandai menjaga penampilan diri dan boleh dikatakan mampu membuatkan peminat jatuh hati.

Zizie amat jarang berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya dalam media sosial dan sekali berkongsi di Instagram, ternyata Zizie sungguh ‘meletup’.

Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.


Tak dinafikan dalam usia 44 tahun, kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal anggun, jelita dan mempersona.

Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan fizikal wanita cantik ini.

Yang pasti, usaha keras, amalan gaya hidup sihat dan rutin senaman Datin Seri Zizie ke gimnasium berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button