NasionalUncategorized

Kumpulan Jakel dan Ariani sumbang RM3.5 juta ringankan beban rakyat Palestin, Gaza

SEBAGAI tanda sokongan dan solidariti ke atas rakyat Palestin Kumpulan Jakel, Jakel Tekstil menghulurkan sumbangan RM300,000 manakala jenama tudung Ariani menambah RM200,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM500,000 kepada Tabung Viva Palestina, Malaysia.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Pengasas Viva Palestina Malaysia, Puan Sri Norma Hakim di ibu pejabat Kumpulan Jakel.

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, inisiatif ini adalah satu pernyataan kebersamaan dan solidariti untuk saudara di Gaza.

Mohamed Faroz berkata, dalam suatu usaha kolektif melalui Kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar.

“Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi,” katanya dalam kenyataan.

Perang Palestin-Israel yang tercetus telah menyebabkan keadaan semakin mendesak dengan serangan Israel ke atas kemudahan awam.

Hospital dibom, sekolah, masjid dan gereja menjadi sasaran tentera zionis Israel dan itu sebenarnya telah melanggar undang-undang peperangan antarabangsa.

Kumpulan Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Banyak nyawa syahid dan ramai yang cedera yang mana bantuan perubatan juga menjadi sukar disebabkan Presiden Israel melakukan sekatan bantuan dari luar.

Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa, kata .

Banyak negara tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran bekalan asas seperti air, elektrik, makanan dan perubatan. – SM

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button