Nasionalpilihan

Tandas di Surau Warisan Dunia, Bandar Hilir indah khabar dari rupa

Siapa sangka sebuah tandas mewah di Surau Warisan Dunia, di Bandar Hilir Melaka dekat sini indah khabar dari rupa.

Selangkah kaki masuk ke tandas itu sudah pasti ramai pengunjung teruja melihat keindahan hiasan dalamnya.

Pastinya ramai terpukau melihat hiasan dalaman berwarna emas, kemas, cantik, bersih dan paling menarik ada penghawa dingin.

Tidak hairanlah pengunjung terpaksa membayar RM2 menggunakan mesin untuk masuk menggunakan tandas itu.

Namun apa yang dikesali pengunjung yang menggunakan tandas itu kerana berbau busuk seolah-olah tidak dijaga dengan rapi.

Yrille Supena.

Seorang pengunjung, Yrille Supena, 36, dari Cebu City, Filipina berkata, dia sangat teruja memasuki tandas yang dianggap mewah itu.

Katanya, hiasan dalaman tandas itu unik kerana berwarna emas selain ada penghawa dingin sangat mengujakan.

“Tapi sayangnya apabila saya masuk tandas ini bau busuk sangat kuat seolah-olah tidak dijaga dengan baik.

“Saya rasa tidak selesa dengan bau busuk yang cukup kuat dan membuat saya rasa nak muntah,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Zebullah Mazlan.

Bagi seorang lagi pelancong dari Kuching, Sarawak, 35, berkata, dia juga terpegun apabila pertama kali memasuki tandas yang dianggap mewah itu.

Katanya, di Kuching seingatnya tidak ada tandas secantik seperti yang terdapat di Surau Warisan Dunia itu.

“Tetapi agak mengecewakan kerana bau tandas sangat busuk. Bila ada penghawa dingin bau sangat meloyakan,” katanya.

Justeru, dia meminta pihak bertanggungjawab untuk memastikan bukan setakat kebersihan diberi keutamaan tetapi bau di dalam tandas perlu dijaga sepanjang masa.

“Buat apa bayar mahal tetapi kita rasa tidak selesa. Sepatutnya tandas ini dengan dekorasi mewah tidak sewajarnya berbau busuk,” katanya. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button