NasionalUncategorized

 Dominic buat laporan polis akaun Twitter digodam

PRESIDEN Gerakan, Datuk Dominic Lau membuat laporan polis dan mendakwa akaun Twitternya digodam berhubung ciapan tidak sensitif susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, semalam.

Menerusi ciapan di Twitter, Lau berkata,“Saya telah hadir ke Balai Polis Sri Hartamas bagi membuat laporan polis mengenai akaun Twitter saya digodam oleh individu tidak dikenali.”

Lau turut menegaskan, beliau tidak pernah pernah memuat naik ciapan kontroversi berbunyi: “Kalau saya tanding PRK Pulai ok tak?” yang merujuk kepada kawasan Parlimen yang diwakili oleh Allahyarham Salahuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram.

Semalam ramai pengguna media sosial bengang dan membidas Dominic Lau atas dakwan catatan di Twitter itu sebelum ia dipadamkan kemudiannya.

Allahyarham Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah, pada jam 9.23 malam kelmarin, Ahad selepas ditidurkan apabila menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Allahyarham Salahuddin yang juga merupakan Timbalan Presiden Amanah, meninggalkan isteri Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan serta 11 orang cucu.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Pulai susulan kematian Salahuddin.

Katanya, SPR perlu mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan itu dalam tempoh 60 hari selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan. – SM

BACA Dominic Lau dikecam warganet, ciapan tidak bijak!

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button