fbpx
Politik

Diugut bakar hidup-hidup, Exco Pemuda UMNO buat laporan polis

EXCO Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris membuat laporan polis terhadap ugutan yang diterimanya di media sosial untuk membakar dirinya secara hidup-hidup.

Ugutan tersebut dibuat oleh seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Raymond Well Sabah di Facebook Kelab Penyokong Parti Warisan Sabah-KPPWS.

“Nak maki hamun saya dipersilakan, nak hina saya dipersilakan. Cakaplah apa pun pada Ssaya dan saya tak kisah kerana saya dah terima bermacam-macam cacian, hinaan dan makian sejak saya terlibat dalam politik bermula 2007.

“Tetapi ugutan yang dibuat oleh penyokong Warisan ini sangat keterlaluan dan melampau. Ini bukan pekara kecil dan saya terpaksa bertindak,” kata Wan Muhammad Azri.


Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Beuford pagi ini. Wan Muhammad Azri meminta pihak polis agar segera mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam menyebarkan ugutan tersebut.

Menurut beliau, ugutan membakar dirinya hidup-hidup yang diterimanya disifatkan sebagai melampaui tahap normal dan perlu diambil tindakan.

Dalam hantarnya, Raymond Well Sabah mendakwa Wan Muhammad Azri telah membawa budaya samseng dari Malaya (Semenanjung Malaysia) ke Sabah.

Raymond Well Sabah merujuk perbuatan Exco Pemuda UMNO itu yang telah mengoyakkan kertas yang mempunyai gambar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kimanis.

“Bunuh dan bakar hidup hidup. Sudahlah masuk negara orang nak tunjuk pula belangnya di tempat orang. Budaya samseng dari Malaya telah silap dalam percaturan undang-undang negara.

“Jangan kasih lama. Pastikan budak ini mayatnya selamat sampai dihantar ke pangkuan keluarhanya. Salahkah jika ia dibunuh kerana sikapnya tidak menghormati perpaduan di bumi Sabah?” tulis Raymond Well Sabah.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button