fbpx
Politik

Tony dakwa PH punyai hubungan rapat dengan DOJ?

PAKATAN Harapan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) ketika menjad kerajaan.

Keakraban itu juga dikatakan sebagai punca aset yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.1 bilion dikembalikan dalam bentuk tunai.

“Ini tidak termasuk bantuan disediakan DoJ dalam penyitaan sebuah lagi kapal layar, Equanimity yang kemudiannya dilelong dengan harga 126 juta Dolar AS (RM538 juta).”

Demikian kata Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua seperti dipetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Dalam kenyataan sama, Tony Pua mendakwa terdapat sebuah lagi kapal dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.


Katanya, kapal layar, A+ bernilai RM2.93 bilion itu dahulu dikenali sebagai Topas sepatutnya dilelong dan hasilnya dikembalikan kepada kerajaan Malaysia.

Menurut FMT lagi, kapal tersebut dahulu disahkan oleh DOJ dibeli dengan menggunakan duit yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

BACA > Samsung Electronics kekal sebagai jenama terbaik asia — Suara Merdeka

Bagaimanapun, tidak dinyatakan jika DoJ akan memohon untuk kapal layar itu dijadikan sebahagian usahanya dalam merampas aset 1MDB.

Menurut DoJ, ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, menyewa A+ sekurang-kurangnya 5 kali antara 2013 dan 2014 di pelbagai lokasi.

Namun menurut Tony Pua sehingga kini masih belum ada sebarang tuntutan dibuat ke atas A+, walaupun pendedahan dibuat.

Syarikat Oceanus Maritime pada 2012 mendedahkan kapal layar mewah itu dibeli menggunakan dana dikaitkan dengan 1MDB.

“Kami minta kerajaan Malaysia segera memfailkan tuntutan antarabangsa terhadap Oceanus Maritime.

“Ini bagi menuntut pemulangan 160.9 juta Dolar AS yang diseleweng dan ganti rugi tambahan yang sesuai.

“Jika Oceanus Maritime gagal melakukannya, kita mesti menuntut rampasan A+.

BACA > Saksi sahkan transaksi tiada ruang kesalahan undang undang — Suara Merdeka

“Seperti yang dilakukan terhadap Equanimity dan membuat lelongan antarabangsa kapal layar mewah,” jelasnya.

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button