MahkamahNasional

Penyelesaian skandal 1MDB: Goldman Sachs saman Kerajaan Malaysia

KERAJAAN Malaysia disaman oleh Kumpulan Goldman Sachs di mahkamah United Kingdom berhubung perjanjian penyelesaian mengenai peranan bank itu dalam skandal rasuah 1MDB yang membabitkan berbilion dolar.

Jurucakap bank itu berkata, semalam, mereka telah memfailkan timbang tara terhadap Kerajaan Malaysia kerana melanggar kewajipannya untuk mengkreditkan aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang diberikan oleh Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian untuk mendapatkan semula aset lain

Difahamkan, timbang tara itu difailkan dengan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dam tuntutan itu sebelum ini dilaporkan oleh Bloomberg News.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Tuntutan itu dibuat kurang dua bulan selepas Perdana Menteri Anwar mengancam untuk membawa Goldman Sachs ke mahkamah.

Kedua-dua pihak terbabit dalam pertikaian perjanjian penyelesaian 2020 di mana Goldman Sachs bersetuju untuk membayar AS$3.9 bilion untuk menyelesaikan siasatan jenayah Malaysia berhubung peranannya dalam skandal itu.

Goldman Sachs juga dikehendaki membuat bayaran interim sekali sebanyak AS$250 juta jika kerajaan Malaysia belum menerima sekurang-kurangnya AS$500 juta dalam aset dan hasil menjelang Ogos 2022, kata bank itu dalam pemfailan kawal selia awal tahun ini.

Kedua-dua pihak tidak bersetuju sama ada Malaysia memperoleh semula sekurang-kurangnya AS$500 juta pada Ogos 2022 dan sama ada sebarang bayaran interim perlu dibayar, kata Goldman lagi.

najib

Pihak berkuasa Malaysia dan Amerika menganggarkan AS$4.5 bilion dicuri daripada dana kekayaan negara 1MDB dalam skim terperinci yang menjangkau dunia dan membabitkan pegawai peringkat tinggi dalam dana itu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, kakitangan Goldman dan lain-lain.

Pendakwa Raya berkata, Goldman membantu 1MDB mengumpul AS$6.5 bilion melalui jualan bon dan memperoleh yuran AS$600 juta.

Amerika sudah memulangkan dana yang diperoleh daripada aset yang dirampas yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB yang dicuri. –  SUMBER MY METRO – SM

 

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button