Agama

Di sebalik scam Badal Haji !

Badal Haji adalah kaedah yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menggantikan seseorang individu melaksanakan ibadah haji disebabkan oleh keuzuran ataupun kematian yang menghalang mereka daripada melaksanakan ibadah tersebut.

Perkongsian dari Kashful Azim Shaharuddin dilihat kertas sedang bertaburan

Namun orang ramai perlu berhati-hati dengan taktik tawaran pakej badal haji terutama yang tidak menyatakan secara jelas siapa pelaksananya.

Pakej harga amat mencurigakan dan tidak berasas sedangkan kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kos permit haji pada kadar tertentu termasuk untuk rakyat tempatan.

Baru-baru ini telah tular satu rakaman video Tiktok yang dikongsi Kashful Azim Shaharuddin, mendedahkan situasi penipuan di Arafah.

@wuqoof

Hati-hati memilih pakej badal haji. Inilah yang dirisaukan oleh para waris. Kredit: @kasyeefaz #badalhaji2023 #Wuqoof

♬ original sound – Wuqoof – Wuqoof

Para pelaksana akan berdiri sambil memegang kertas dengan nama ahli keluarga waris kemudian seorang lagi pula akan merakamkan dialong kononnya sedang menjalankan badal haji buat nama tertentu.

Setelah bukti video siap dirakam untuk waris keluarga kemudian mereka akan koyakkan dan buang kertas itu ke merata tempat dan rakam semula untuk nama lain.

Dapat juga dilihat begitu banyak kertas dengan nama dan bendera dari pelbagai negara bersepah malah kebanyakannya dari negara Asia termuklah Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Diingati kepada para waris keluarga diminta untuk lebih berhati-hati dalam memilih pekej badal haji agar tidak ditipu.

Dipercayai sedikit ini menawarkan harga yang murah namun di sebaliknya mereka mewakilkan ramai pihak serentak walhal dalam masa setahun pelaksana hanya boleh wakilkan 1 nama sahaja untuk badal haji.

Artikle Berkaitan :>

Lebih dua juta jemaah haji mula berwukuf hari ini

Wakil media antara 160 petugas Lembaga Haji berlepas ke tanah suci

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button