AgamaNasional

Teras Islam Di Tanah Melayu Adalah ASWJ Tetapi Wahabi Semakin ‘Garang’ Biakkan Ummah!

Pegangan umat Islam di Tanah Melayu sejak dari dahulu adalah berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) aliran as-Asyairah dan al-Maturidiah.

Namun sejak kemerdekaan negara memasuki fasa warga emas iaitu sudah lebih 60 tahun, fahaman lain seperti wahabi mula berani tunjuk taring.

Lebih malang lagi, pembawa fahaman ini bukannya sahaja terdiri dalam kalangan pensyarah yang aktif mengajar di jabatan atau pusat pengajian tinggi ‘keagamaan’.

Malah ada juga antara mereka bertahun-tahun jadi ketua di beberapa jabatan kerajaan yang ramai geng-geng ASWJ tahu tetapi dikunci mulut mereka.

Dalam hal ini, geng-geng ASWJ rasanya tak perlu jadi terlebih tawaduk sehingga komuniti minoriti wahabi nampak hero di mata masyarakat yang ‘bodoh’.


Golongan pembawa fahaman wahabi perlu ditarbiah semula agar kembali kepada akidah ASWJ dan ketua agama negara khususnya harus memandang serius perkara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan milik individu dan pengurusan perlu tukar rentak untuk martabatkan akidah ASWJ dalam kalangan masyarakat.

Gaji pegawai semua dapat tetapi sampai ke hari ini, cuba tanya masyakarat di manakah revolusi yang dibawa oleh Jabatan Kemunduran Islam Malaysia (Jakim)?

Asyik pandai buru kes maksiat sahaja dan bukannya tampil lahirkan golongan ulama dan umara yang tinggi nilai budi keagamaannya menghadapi akhir zaman yang semakin hampir!

(Visited 45 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button