Nasional

Masjid dititah anjur solat hajat mohon kesembuhan segera Al-Sultan Abdullah

SEMUA masjid di Pahang dititah mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan Tahlil serta doa selamat bagi mendoakan kesembuhan segera buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di ibu negara.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya majlis itu diadakan selepas solat Maghrib hari ini.

“Tengku Hassanal juga berkenan supaya solat hajat bagi mendoakan kesembuhan segera dan semoga Seri Paduka dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan diadakan selepas solat Jumaat esok.

“Semoga Allah juga melindungi negara dan Pahang daripada segala bencana, wabak, mala petaka dan huru-hara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kelmarin (Selasa), Istana Negara mengesahkan Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang telah dimasukkan ke Wad Diraja IJN selepas baginda berasa kurang selesa dengan kesihatan.

Bagaimanapun keadaan kesihatan Seri Paduka tidak berada dalam keadaan membimbangkan. – SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button