Nasional

PDRM minta bantuan Interpol jejak Nicky

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah meminta bantuan Interpol melalui Notis Biru untuk mencari dan menangkap ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang disyaki dalang kumpulan jenayah terancang di negara ini.

Notis Biru merujuk kepada permintaan untuk mencari, mengenal pasti atau mengumpulkan maklumat mengenai orang yang dikehendaki.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini mereka belum mendapat maklum balas daripada agensi antarabangsa itu.

“Saya percaya jika (suspek) dapat dikesan, mereka (Interpol) akan memberitahu kami,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada saudara terdekat Allahyarham Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari, serta pesara PDRM di Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur hari ini.

Sarjan Baharuddin dan Sarjan Norihan dari Pasukan Gerakan Am (GOF) terlibat dalam insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand tahun lalu.

Polis telah melumpuhkan Gang Nicky yang disyaki terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa, penipuan Macau dan pengubahan wang haram.

Polis juga merampas wang tunai dan aset bernilai ratusan ribu ringgit bernilai jutaan melalui 70 serbuan yang dilakukan di Lembah Klang baru-baru ini.

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button