Nasional

KPDNHEP rampas diesel subsidi 10,000 liter

SEBUAH sindiket penyelewengan diesel berjaya ditumpaskan dan sebanyak 10,000 liter diesel
bernilai RM21,500 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Krubong di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, pihaknya turut merampas 18 tangki minyak tambahan yang setiap satu berkapasiti 1,000 liter, dua motosikal, dua lori dan paip penyambung bernilai RM135,000.

Menurutnya, dalam serbuan di premis yang dijadikan stor haram untuk menyimpan dan memindahkan diesel kira-kira pukul 7.00 petang itu, dua lelaki tempatan berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan lori sewa yang telah diubah suai tangki minyak bertujuan untuk menyeleweng diesel.

“Berdasarkan intipan dan risikan sejak seminggu lalu, modus operandi sindiket tersebut ialah mengisi
diesel di stesen minyak sekitar Melaka antara RM300 hingga RM500 dengan menggunakan kad kredit dan aktiviti tersebut dilakukan secara kerap dalam seminggu,” ujarnya dalam sidang akhbar hari ini.

Norena berkata, Beliau berkata sindiket akan mengisi diesel di mana-mana stesen dan diesel yang diisi akan disalurkan daripada tangki minyak asal kepada tangki tambahan ubah suai sebelum ke tangki tambahan yang ditempatkan di dalam lori berkenaan.

Katanya, diesel tersebut akan dijual kepada pihak industri pada harga RM4 hingga RM4.30 seliter berbanding harga semasa diesel yang dibeli di stesen minyak iaitu RM2.15.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga  tahun jika sabit kesalahan bagi individu.

“Kita memandang serius aktiviti penyeludupan atau penyelewengan diesel kerana ia melibatkan subsidi oleh kerajaaan sekali gus menyebabkan kerugian besar sekiranya aktiviti ini terus berleluasa,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut atau aduan yang ingin disalurkan, boleh menghubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDNHEP Melaka di talian 06-2345869 yang beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 6 petang.

Aduan juga boleh disalurkan menerusi WhatsApp juga disediakan di talian 019-279 4317. – SM Melaka

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button