Nasionalpilihan

Detik cemas 18 orang terperangkap 20 minit dalam lif

Seramai 18 orang berdepan detik-detik cemas apabila terperangkap dalam sebuah lif selama 20 minit di sebuah hotel terkemuka di Banda Hilir dekat sini pagi tadi.

Kerosakan itu menyebabkan lif dinaiki 18 orang tersangkut di antara tingkat 21 dan 22 hingga menyebabkan dua wanita pengsan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, KUP Omar Husein@Mohsin berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah menerima panggilan kecemasan
daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.12 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sejurus tiba memang benar 18 mangsa iaitu 16 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam lif di antara tingkat 21 dan 22.

“Anggota bomba mengambil masa hampir 20 minit sebelum dapat membuka pintu lif dan membawa keluar kesemua mangsa serta memberi rawatan kepada dua wanita yang
pengsan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Omar berkata, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan mangsa yang pengsan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk
mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka.- SM

 

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button