Alam SekitarNasional

Deria PBT Dilumpuhkan? Ada Yang Ceroboh Gua & Bangunkan Kuil Secara Haram!

Sudah masuk tahun 2021, takkan budaya ceroboh tempat lapang dan bangunkan kuil secara haram masih boleh berleluasa atau sudahkan mereka dapat lampu hijau?

Terdapat satu perkongsian daripada pengguna Facebook, Uzaer Sohigh dan ini antara pendedahannya yang mengejutkan orang ramai.

Lokasi sama
Kiri : November 2021
Kanan : February 2019

Somewhere around Bandar Seri Botani, Ipoh. Dalam dua tahun saja, perubahan mendadak terhadap gua ini. Tumbuhan satu daun, Monophyllaea yang dulunya indah menghiasi lantai gua ini, 95% telah dilupuskan.

Legal or illegal is not the issue. Semestinya aku, kamu dan hangpa semua tau hakikatnya, di mana majoriti kes yang berlaku apa statusnya. Aku tak berbicara berkaitan tempat famous seperti Kek Look Tong atau Perak Cave Temple yang sudah gah berdiri sekurang2nya seabad lamanya, di mana ia telah mendapat approval dari kerajaan utk dibangunkan berkurun dulu lama lagi, itu isu lain.


Aku bercakap tentang pencerobohan alaf baru. 21st century. Berapa byk lagi tempat akan terus diceroboh tanpa pengetahuan orang awam? Kami yg kaki rintis dan explore saja yang tahu dan ada data kami sendiri.

Dari sekitar 150 gua (tidak termasuk gua yang telah komersial) yang team kami ( Geonat Association ) lakukan eksplorasi di sekitar Lembah Kinta, secara kasar boleh cakap hampir sebahagiannya sudah dibangunkan secara haram. Illegal construction.

Tidak terkiralah betapa banyaknya khazanah berharga kita berkemungkinan telah musnah, seperti fossil, lukisan gua prasejarah, artifak dan sebarang bahan sejarah yang mungkin akan memanfaatkan kita dalam pelbagai sudut pembangunan dan cabang ilmu.

Bak kata seorang sahabat aku, yg pernah menulis untuk Ipoh Echo : ‘No one has ever been heard to say “I want to visit Ipoh for the temples!” but people do come to Ipoh just to see our limestone caves’.

Temples ada di mana2 sahaja, boleh dibangunkan di mana2 kawasan lapang, tanpa perlu mengganggu aset alam semulajadi yg berpotensi utk dibangunkan samada utk eco-tourism ataupun conservation area.

Adakah temples akan lebih menarik minat ‘general tourists’ atau adakah gua semulajadi tanpa gangguan pembangunan haram lebih memikat pelancong? Mana lebih memberi pendapatan pada kerajaan negeri utk dibangunkan? Tourism or worshippers?

Jangan salah faham. Ini bukan soal rasisme atau anti agama mana2. Sekalipun jika ada perancangan utk dibina masjid di dalam gua tanpa sebab munasabah, aku jgk yg akan jadi org pertama yang menentangnya, kerana ia tak masuk akal dan tiada keperluan.

80% dari komrad caving aku adalah chinese, mereka semua ni jugalah yang lantang bersuara menentang pencerobohan tokong / kuil alaf baru yg haram di dalam gua2 semulajadi kita.

Aku yakin berkaitan itu. So, apakah tindakan dari pihak berwajib? Benda ni bukan setahun dua berlaku. Isu ni jarang berlegar dalam masyarakat umum.

Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin juga takut isu ni akan menjadi isu perkauman. Ya aku setuju, mmg begitulah naratif cerita yang biasanya akan terjadi bila dibahaskan isu sebegini. Malang sungguh rakyat Malaysia, sampai bila akan terus berfikiran sempit sebegitu? Goodluck utk semua.

Dipetik dari Facebook: Uzaer Sohigh

(Visited 220 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button