Nasional

Tragedi Elmina: Jenazah penunggang p-hailing dikebumikan di Sungai Petani petang ini

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung

JENAZAH penunggang p-hailing, Allahyarham Muhammad Hafiz Mohd Saleh, 32, yang merupakan salah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam akan terus dibawa untuk dikebumikan di Masjid Al Huda, Kampung Jerung Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Bapanya, Muhammad Saleh Othman, 51, berkata, jenazah anak sulungnya itu sebelum itu akan diuruskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Jenazah Allahyarham akan dimandi serta dikafankan oleh pihak JAIS dan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahimiah Klang sebelum dibawa untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani.

“Insya-Allah, jenazah akan dikebumikan hari ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan jenazah Allahyarham ini,” katanya ketika ditemui SINAR HARIAN di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor.

Pada petang Khamis lalu , sebuah pesawat dalam penerbangan dari Lapangan Terbang di Langkawi menuju ke Subang, Selangor terhempas di kawasan bandar taman perumahan Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam.

Dalam nahas itu, Polis mengesahkan 10 individu maut. Insiden pesawat jenis jet peribadi yang terhempas berlaku kira-kira jam 2.40 petang.

Allahyarham Muhammad Hafiz Mohd Saleh  yang menunggang motosikal, lalu di lokasi kejadian pada hari kejadian.

Allahyarham adalah salah seorang orang awam yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Muhammad Hafiz. – SM

BACA Pesawat terhempas di Elmina Central Park, Shah Alam

BACA Datuk Seri Johari Harun antara yang maut pesawat terhempas di Elmina?

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button