NasionalNegeri

Selamat Ulangtahun Ke-42 Rejimen 504 Askar Wataniah – Raja Muda Perlis

SELAMAT Menyambut Hari Ulangtahun Ke-42 Kepada seluruh warga Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia hari ini (7 September).

Ucapan ini dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Komander rejimen berkenaan.

“Didoakan semoga rejimen berslogankan ‘Latih Untuk Perang’ yang merupakan benteng pertahanan kedua negara ini akan terus gah dalam mempertahankan kedaulatan tanahair amnya dan bumi Perlis khasnya,” titah Baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menerima sembah mengadap Timbalan Komander rejimen tersebut yang baharu iaitu Leftenan Kolonel Lasahi Laiji yang telah mengambil alih tugas
pada 4 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat, Galeri DiRaja Arau,

Leftenan Kolonel Lasahi sebagai Timbalan Komander yang Ke-23 mengadap Tuanku Komander secara rasminya bagi memperkenalkan diri, mengetahui visi dan hasrat Tuanku Komander serta membincangkan hala tuju rejimen sebagai panduan perancangan rejimen pada baki tahun ini dan seterusnya.

Buat masa ini pihak rejimen sedang memberi fokus khusus untuk persiapan menjadi tuan rumah kepada Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) di Perlis dari 14 hingga 16 Oktober depan.

Para belia di negeri ini yang sihat tubuh badan dan memenuhi segala keperluan minima yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dijemput beramai-ramai bagi mendaftar sebagai anggota sukarela Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis. – SM

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button