NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis tamat lawatan ke Kuching

RAJA Muda Perlis,  Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menamatkan lawatan kerja yang padat dengan program selama tiga hari dan dua malam di Kuching, Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, Panglima 1 Divisyen Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Hassan Embong dan Pengarah Unit Protokol dan Perhubungan Awam Sarawak, Azlan Ali Badri berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi mempersembahkan ucapan selamat berangkat pulang kepada Baginda berdua.

Program hari terakhir ialah kunjungan ke muzium hidup Kampung Budaya Sarawak di kaki Gunung Santubong diringi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Belia dan Sukan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu dan isteri.

Acara-acara utama Baginda berdua di Kuching ialah berangkat merasmikan seminar ‘Sarawak Le Tour De Borneo – From Perlis To East Malaysia 2022’ anjuran Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju Dan Akut Serta Ultrasound Malaysia, (MAAIMUSS) Perlis di Auditorium Clinical Research Centre (CRC) Hospital Umum Sarawak.

Baginda turut berkenan merasmikan ‘Majlis Pelancaran Promosi Larian Perlis – Nakawan Ultra 2022 Peringkat Borneo’ yang diadakan di Pejabat Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn Bhd serta menghadiri majlis resepsi Ulangtahun Ke-50 Presiden The ASEAN People’s Association In Los Angeles, Datuk Nellsen Young di Hotel Pullman.

Raja Muda juga turut mengetuai acara kayuhan berbasikal sempena ‘Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak yang ke-45’ di sekitar Petra Jaya yang diadakan untuk memperlihatkan keterlibatan pelbagai pihak dalam mendukung dan memperkasakan program bahasa, budaya, sastera dan penerbitan yang melintasi geografi antara Sarawak hingga ke Perlis.

Baginda diiring Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazruddin Abdul Rahman dan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai.

Raja Muda dan Raja Puan Muda turut melawat Borneo Cultures Museum di Jalan Tun Abang Haji Openg, Galeri Songket dan Keringkam Sarawak disambut oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) Datu Dr. Sabariah Putit dan kemudiannya menaiki bot menelusuri Sungai Kuching.

Baginda juga berkenan menerima undangan daripada pihak DBP untuk santap di restoran My Village Barok diiringi Timbalan Menteri Di Pejabat Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya dan The Reef.

Turut serta mengiringi Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Ts. Kamel Mohamad, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Sydney Quays, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr. Hazami Jahari, Usahawan Steven Tan serta Head of Corporate Ventures, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamarulzaman Ahmad. – SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button