Rencah Hidup

D’Empangan Udang Galah tetap hidup dalam PKP

PRESINT 5 Putrajaya berhadapan dengan Tasik Putrajaya, Restoran D’Empangan Udang Galah masih meneruskan operasinya dalam keadaan negara dilanda Covid-19.

Selama enam tahun D’Empangan Udang Galah beroperasi, pemiliknya, Datin Zurinah Mohd berkata, walaupun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak pengurusan restoran masih bertahan.

“Perniagaan memang terjejas tetapi kita perlu bijak mengatur strategi. Kita mengatur langkah “BUNGKUS DAN PERGI”. Dalam erti kata lain, tapau makanan.

“Kita ada pelanggan atau customer sudah sedia maklum, sajian makanan di D’Empangan Udang Galah ini dan mereka menggunakan perkhidmatan TAPAU untuk memesan makanan sepanjang PKP,” ujar beliau.

TAPAU ialah salah satu perkhidmatan penghantaran yang bekerjasama dengan pengurusan D’ Empangan Udang Galah di kawasan sekitara Putrajaya.


Menurut Zurinah, TAPAU dipilih kerana kehadirannya dalam perkhidmatan penghantaran masih baharu dan memerlukan sokongan.

Sementara itu, dalam meneruskan kelangsungan dalam keadaan PKP, kiosk-kiosk perniagaan di D’Empangan Udang Galah amat beruntung kerana mereka tidak dikenakan sebarang bayaran sewa selama tempoh PKP dan PKP 2.0.

“Selama enam bulan saya tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengusaha kiosk di sini kerana memahami keadaan perniagaan yang merundum.

“Selepas tempoh enam bulan, saya masih tidak mengenakan sewa bulanan kerana kita perlu menstabilkan kembali perniagaan makanan di D’Empangan Udang Galah,” ujar beliau.

Sejajar dengan nama D’Empangan Udang Galah, Zurinah berkata, adalah menjadi impiannya untuk menjadikan D’Empangan Udang Galah sebagai pusat komersil udang galah.

“Dalam Putrajaya ini, hanya kita sahaja yang menawarkan makanan berasaskan udang galah yang segar dan kalau hari Jumaat sehingga Ahad, 100 kilogram udang galah habis dijual dengan pelbagai jenis masakan,” katanya.

 

Pengunjung D’Empangan Udang Galah pada hari Jumaat hingga Ahad akan dihiburkan dengan artis residen, Isma AF.

Kelmarin, dalam Majlis Bersama Media di D’Empangan Udang Galah, persembahan hiburan turut dijayakan oleh Hail Amir, Razis Ismail, Shidee yang mana konsep hiburan yang ditampilkan ialah retro.

Untuk makluman, D’Empangan Udang Galah yang dimeriahkan oleh sembilan kiosk yang menjual sajian termasuk Char Kue Tiaw, Yong Tau Foo, Roti John, Nasi Arab, Nasi Lemak Pandan, Nasi Dagang serta gorengan seperti pisang, ubi, baby crab atau colek ala rojak.

Bagi mereka yang ingin membasahkan tekak dan sukakan menu manis, gerai manisan dan ais krim Sangkaya juga disediakan di sini dengan pilihan perisa menarik mengasyikan. – SM

 

(Visited 86 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button