Politik

Darurat lebih mudarat?

TEPAT 12.01 tengah malam nanti negara kita telah bebas dari Darurat. Proklamasi Darurat tamat secara automatik, setelah kerajaan memutuskan untuk tidak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk menyambungnya selepas berjalan selama enam bulan.

Ramai yang berpendapat darurat telah gagal kerana ketika pengumuman darurat dibuat kes Covid-19 adalah sebanyak 3,000 kes, tetapi apabila darurat tamat kes Covid-19 belasan ribu.

Kita lupa jika kerajaan tidak laksanakan darurat enam bulan lalu kes telah mencecah belasan ribu kes dan kini sudah mencecah puluhan ribu kes.

Dengan darurat juga memberi senjata yang lebih untuk kerajaan memerangi wabak pandemik yang telah membunuh jutaan umat manusia di seluruh dunia.

Darurat membolehkan kerajaan menyedia pelbagai kemudahan vaksinasi, termasuk pusat vaksinasi mega.

Darurat juga membolehkan kerajaan meningkatkan kemudahan kesihatan dan kapasiti bilik mayat di seluruh negara.

Darurat juga membolehkan kerajaan mengarahkan hospital swasta menguruskan pesakit selain Covid-19, manakala hospital kerajaan menumpukan kepada wabak berkenaan.

Darurat juga membolehkan kerajaan membeli vaksin dengan cepat ketika seluruh dunia berebut untuk mendapatkannya.

Darurat juga membolehkan pihak berkuasa bertindak menggunakan ordinan darurat bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Darurat juga mengelakkan daripada pilihan raya kecil dijalankan di Batu Sapi dan Gerik. Dan kini darurat disambung di Sarawak bagi mengelakkan pilihan raya negeri.

Kesimpulan darurat mempercepatkan dan mempermudahkan urusan yang perlu disegerakan bagi menangani wabak tanpa perlu melalui proses panjang untuk kelulusan di parlimen.

 

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button