Politik

Hanya dua penyelesaian kepada drama perebutan kuasa PH

HANYA dua penyelesaian bagi menghentikan drama perebutan kuasa yang dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH).

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyelesaian pertama adalah PH perlu menunjukkan mereka mempunyai akuan bersumpah (SD) 112 ahli Parlimen menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional.

Namun menurut Ahli Parlimen Pekan itu, penyelesaian tersebut mengundang risiko untuk Parlimen dibubarkan serta-merta agar kestabilan kerajaan yang memerintah dapat dipulihkan.

Penyelesaian kedua pula Pakatan Harapan perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 berlangsung utuk bertanding dan menang.

Najib mengulas mengenai surat peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Sri Gading Dr. Shahruddin Md. Salleh sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Dalam surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata, walaupun dia meletakkan jawatan namun beliau masih kekal duduk di kerusi Perikatan Nasional.

“Saya percaya emosi penyokong PH semasa membaca surat timbalan menteri PN yang letak jawatan ini seperti penyokong CR7 melihat pengadil menghadiahkan sepakan penalti kemenangan pada minit akhir tetapi Ronaldo terkena tiang pulak.

“Sebab itu, ramai Rakyat telah muak dengan drama perebutan kuasa PH setiap hari pada masa krisis Covid ini,” komen Najib yang dalam status di Facebooknya.

Semalam Dr. Shahrudin  mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya yang berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Shahrudin menegaskan beliau telah melakukan tindakan politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dari kerajaan PN,” katanya.-SM

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button