Nasional

Covid-19: Saringan di kawasan PKPD punca peningkatan kes di Wilayah dan KL

SARINGAN yang dilakukan di kawasan PKPD menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kes baharu harian Covid-19 di Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa berkata, saringan di kawasan PKPD mencatatkan jumlah hampir 300 kes baharu semalam.

Lebih separuh, katanya, iaitu 52 peratus adalah jangkitan daripada kontak rapat yang kebanyakannya dalam isi rumah.

“Masih terdapat jangkitan daripada kontak rapat di tempat kerja seperti di pasar raya dan pejabat,” katanya.

Tambah beliau, majoriti kes positif di PKPD dan kotak rapat isi rumah dikuarantin di rumah menyebabkan penularan kepada ahli keluarga.

Dalam pada itu, ujar beliau, hampir seperempat adalah kes sporadik yang tidka diketahui punca jangkitan namun berkemungkinan besar daripada komuniti.

Tambah beliau, ia juga mungkin didorong oleh transmisi daripada varian Delta yang lebih mudah berjangkit.

“Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) akan memantau situasi ini serta akan memperakukan langkah tertentu, terutama berkaitan peraturan kuarantin di rumah sendiri yang dirasakan tidak sesuai di teruskan.

“CCMC-WP juga akan mengambil tindakan dengan menutup mana-mana tapak bina yg terdapat kes positif,” katanya.

Sehubungan itu, ujar beliau, majikan dan warga Kuala Lumpur diminta menyegerakan proses penvaksinasian selaras dengan dasar dan matlamat mencapai 80 peratus menjelang bulan Ogos bagi Kuala Lumpur.

“Secara keseluruhannya keadaan di Wilayah Persekutuan adalah terkawal dan dijangkakan kes akan menurun pada minggu hadapan hingga akhir bulan Julai dengan pencapaian peratusan suntikan vaksin yang tinggi di Wilayah Persekutuan,” katanya.

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button