fbpx
Politik

Covid-19: Kilang arak dibenar beroperasi ketika PKP?

APAKAH kepentingan untuk teruskan pengoperasian kilang arak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa?

Demikian persoalan timbul apabila sebuah kilang pembuat minuman keras di Petaling Jaya, Selangor dibenarkan beroperasi.

Kebenaran itu dipercayai diberikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

[BACA] Kerajaan digesa benarkan rakyat Malaysia kembali bekerja – Suara Merdeka
[BACA] Ringgit dijangka meningkat semula — Suara Merdeka

Justeru, ia mendapat perhatian Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang menyifatkan kebenaran tersebut sebagai tiada kepentingan.

Armada dalam satu kenyataannya malam tadi berkata, arak bukanlah satu keperluan buat negara ketika menghadapi pandemik Koronavirus (Covid-19).


Menurutnya, ketika ini lebih banyak kilang atau industri kecil dan sederhana (IKS) lain yang halal dan lebih penting.

ARMADA

Bagaimanapun, industri halal berkenaan tidak boleh beroperasi sebaliknya kilang arak diberi kebenaran ketika PKP berkuat kuasa.

“Mengikut garis panduan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya 10 perkhidmatan perlu serta rantaian dan sektor kritikal sayaha dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

“Ribuan perniagaan halal dan milik bumiputera terjejas akibat Covid-19 dan PKP terutamanya bagi IKS. Mengapa pengecualian khas diberi kepada kilang arak Heineken.

“Sedangkan, terang-terangan perniagaan mereka adalah haram. Adakah kerana kilang arak ini mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan?,” katanya.

Armada berkata demikian mengulas sepucuk surat dari pejabat Ketua Setiausaha KPDNHEP yang tular dalam media sosial semalam.

[BACA] Covid-19: 368 ditahan langgar PKP — Suara Merdeka

Menurut surat bertarikh 31 Mac 2020 itu, kebenaran diberikan kepada kilang arak berkenaan bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP.

Surat yang ditandatangan oleh Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad itu turut menjelaskan permohonan tersebut adalah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan.

Namun menurut Armada lagi, penjelasan perlu diberikan oleh kerajaan pimpinan ‘Melayu Islam’ kerana kilang diberi pengecualian khas itu mengeluarkan produk yang tidak halal.

“Tidak molek nampaknya kerajaan ‘Melayu Islam’ memberi kelebihan kepada syarikat yang menjual produk yang jelas haram di sisi Islam.

[BACA] 2,000 ketua isi rumah di Tuaran terima bantuan bekalan makanan — Suara Merdeka
[BACA] Penjara khas perlu diwarta untuk pesalah PKP — Suara Merdeka

“Armada Bersatu Malaysia mendesak pihak kerajaan untuk memberi penjelasan mengenai kebenaran beroperasi Kilang Arak Heineken sewaktu tempoh PKP ini,” tegasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button