Politik

Calon KM datang dari parti komponen GRS yang menang paling banyak

PARTI dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menang kerusi paling banyak diberi peluang mengetuai kerajaan Sabah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun keputusan akan dibuat selepas rundingan diadakan.

“Dari segi kemunasahan adalah lebih baik jika parti-parti dalam gabungan ini yang mendapat kerusi paling banyak diberi mandat dan peluang mengetuai kerajaan ini setelah rundingan diadakan antara parti gabungan itu,” katanya menerusi laman Facebook beliau malam ini.

Pada masa katanya, GRS yang menang majoriti kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sbah wajar diberi mandat dan peluang membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Katanya, berdasarkan perlembagaan Sabah Yang Dipertua Negeri akan melantik seseorang yang mempunyai majoriti paling banyak dalam PRN sebagai Ketua Menteri


“Kita tahu dalam GRS terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Part Pribumi i Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang mana Bersatu memperoleh jumlah kerusi paling banyak” katanya. – SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button