Hiburan

Konsert Wings The Rock Emperor ke Pulau Pinang 24 Februari ini

KONSERT Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, pada 16 Disember tahun lepas merupakan sebuah konsert yang terbaik lagi hebat.

Demam menyaksikan Konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter terus melekap dalam hati dan sanubari para peminat Wings.

Bagaimanapun, ada yang mungkin tidak berkesempatan untuk turun menyaksikan Konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter di Stadium Malawati.

Tidak mengapa. Tak perlu berputih mata atau kempunan nak tengok aksi hebat Wings terutamanya vokalis, Datuk Awie, tarik tinggi menyampaikan lagu-lagu berhantu Wings. Ya lagu berhantu, lagu yang memang best, ngam dan syok layan!

Konsert The Rock Emperor – Penang Chapter menjanjikan satu persembahan yang lebih hebat dan gempak.

Memang janji itu akan dikotai kerana kemampuan Wings beraksi secara langsung atas pentas ditambah dengan pakej yang ada pada Awie, menjadi tarikan utama penonton untuk hadir menyaksikan persembahan mereka.

Nama Wings laris serta menjadi sebutan dan rebutan para penganjur termasuklah penganjur Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, Bayan Lepas.

Pihak penganjur juga mampu tersenyum lebar dengan kehadiran penonton kerana kehebatan Wings bukan sahaja menarik peminat di Pulau Pinang tetapi juga dari Perlis, Kedah dan Perak, bahagian utara tanah air.

Bagaimanapun, sebenarnya, lebih 30 tahun Wings tidak mengadakan konsert di Pulau Pinang, di bahagian pulau.

Cuma tahun lepas, mereka singgah beraksi di Konsert Mega Marhaen @Mid Town Perda yang menyaksikan kehadiran ramai penonton walaupun hujan lebat ketika itu.

Satu perancangan rapi disusun maka tercetuslah idea untuk menganjurkan konsert yang lebih gah iaitu Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter yang akan berlangsung pada 24 Februari ini.

Rentetan daripada kejayaan siri The Rock Emperor menerusi dua konsert terdahulu iaitu di Singapura pada 29 Julai 2023 dan Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun lepas maka para peminat tegar Wings di bahagian utara tanah air boleh turun ramai-ramai untuk menyaksikan konsert The Rock Emperor-Penang Chapter pula.

Untuk itu, Awie menjanjikan persembahan yang lebih hebat, lebih gempak dan lebih menghiburkan buat peminat di Pulau Mutiara.

Jom, orang utaqha, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan di mana sahaja. Mai datang saksikan persembahan Wings di SPICE Arena Penang pada 24 Februari nanti.

“Saya bersama Eddie, Black, Sham dan Edrie sudah tidak sabar bertemu anda. Maklumlah kami pun sudah lama tidak beraksi di sini. Sudah pasti kami akan memberikan aksi terbaik.

“Persembahan di Pulau Pinang memang ditunggu-tunggu kerana dapat mengimbas kembali saat-saat awal kemunculan di persada seni tanah air 37 tahun lalu.

“Kami diterima baik oleh peminat di sini dan kehadiran mereka tidak mengecewakan. Justeru inilah juga harapan kami menerusi konsert kali ini,” kata Awie dalam satu kenyataan.

Kata Awie lagi, sebagai bukti kesungguhan mereka mempromosikan Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter, beliau bersama empat rakan Wings turun padang bertemu peminat di Queensbay Mall, Pulau Pinang, Mydin Mall, Jalan Baru Bukit Mertajam dan AEON Mall Taiping pada Sabtu dan Ahad lalu.

Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter tampil dengan kelainan apabila Wings mengetengahkan konsep Gores & Menang buat penonton.

“Untuk setiap tiket, kita akan buat satu Gores dan dalam Gores itu ada hadiah-hadiah tertentu yang akan dimenangi oleh penonton bertuah.

“Terdapat lebih 700 barangan akan diberikan kepada pembeli tiket Konsert Rock Emperor. Ia merangkumi semua pembeli dari tiket berharga RM95 sehingga lebih RM300.

“Barangan untuk dimenangi itu termasuk pre love barangan Wings terpakai yang akan kita hadiahkan kepada pemenang-pemenang,” kata Awie lagi.

Tiket untuk menonton boleh didapati di https://wings.ubertickets.asia.

Harga-harga yang ditetapkan ialah FREE SEATING / STANDING RM 95 – Free Seating RM115 – Rock Zone, Free Standing RM158 – Rock Silver, Free Seating RM188 – Rock Gold, Free Seating NUMBERED SEAT RM258 – VIP RM315 – SM

BACA Konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter: Hebatnya Datuk Awie

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button