fbpx
Nasional

Covid-19: Bolehkah sistem ketahanan badan kita ditingkatkan?

DALAM keadaan sekarang, rasanya penjagaan kesihatan dalam fikiran semua orang: “Bagaimana saya nak elakkan daripada terkena Covid-19.”

Cuci tangan sudah kerap kita lakukan, berdiri dua meter daripada orang lain dan menjarakkan diri sebatu apabila ada orang batuk.

Tetapi menurut Dr Sara Kayat salah seorang doktor dalam Perkhidmatan Kesihatan Awam (NHS) United Kingdom, ramai pesakit bertanya sama ada sistem ketahanan badan atau imun boleh ditingkatkan untuk membantu melindungi mereka.

Jawapan ringkas ialah tidak. Tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang anda daripada terkena jangkitan wabak yang serius ini.

Basuh tangan, jarak sosial dan pemisahan diri merupakan satu-satunya cara untuk menghalang jangkitan.


Sistem ketahanan badan kita bergantung kepada hubungan yang rumit atau kompleks pelbagai sel, organ, protin dan tisu yang bekerja sama mengenal pasti dan meneutralkan patogen

Lagi pula sistem ketahanan tercipta bukan untuk ditingkatkan

Bagaimanapun terdapat beberapa nutrien, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyokong sistem ketahanan badan kita untuk berfungsi.

Kebanyakan nutrien kecuali vitamin D boleh didapati dengan mudah daripada diet yang sihat.

Walaupun kita menyedari kekurangan nutrien akan menjejaskan sistem ketahanan badan kita, namun sebarang produk yang mencadangkan ia dapat meningkatkan sistem ketahanan badan sebenarnya tidak benar.

Vitamin D

Vitamin D selalu dikaitkan dengan membantu menguatkan tulang, sendi dan ototo. Bagaimanapun fungsinya jauh lebih banyak berbanding dengan hanya menguatkan rangka kita.

Ia didapati boleh menyesuaikan sistem ketahanan kita dan kekurangannya akan menyebabkan mudah terkena jangkakitan.

Vitamin D terutamanya didapati daripada tindak balas matahari terhadap kulit kita. 

Sesetengah makanan termasuk ikan yang berlemak, kuning telur dan daging mempunyai vitamin D dalam jumlah yang kecil.

Zink

Zink memang diketahui sangat penting sebagai mikro nutrien untuk sistem ketahanan dan kekurangannya akan menyebabkan tindak balas sistem ketahanan ini kurang.

Terdapat bukti mengatakan mengambil suplemen zink dalam tempoh 24 jam sebelum terkena selesema boleh mengurangkan kesannya.

Zink boleh didapati dalam banyak jenis makanan termasuk makanan laut, daging dan kacang

Vitamin B 

Ada banyak jenis Vitamin B, B kompleks, B6, B12 dan B9, semuanya berkait tindak balas sistem ketahanan.

Vitamin B12  secara semula jadinya terdapat dalam produk berasaskan haiwan, termasuk ikan, daging, ayam, telur, susu dan produk berasaskan susu.

Vitamin B6 diperlukan untuk menyerap B12 dan untuk menghasilkan sel darah merah dan sel untuk sistem ketahanan. Ia boleh didapati dalam makanan seperti limpa, kacang, tuna, salmon, nasi, bijirin dan bawang.

Kebanyakan orang hanya mendengar tentang asid folik (Vitamin B9) yang perlu diambil oleh wanita mengandung dalam tempoh tiga bulan pertama. Ia untuk memastikan bayi tidak mengalami kecacatan tiub neural.

Asid Folik boleh didapati dalam banyak jenis makanan terutama sayuran berdaum hijau gelap, buah-buahan, kekacang, makanan laut, telur dan daging.

Semua Vitamin B yang ditemukan mempunyai peranan dalam sistem ketahanan. Kekurangannya boleh mengubah bentuk tindak balas sistem ketahanan ini. Seperti boleh menghalang badan daripada menghasilkan antibodi, sel darah putih dan faktor ketahanan lain yang diperlukan untuk melawan jangkitan.

Vitamin C

Vitamin C mempunya peranan penting dan fungsi ketahanan yang biasa. Ia boleh didapati dalam semua buah-buahan dan sayuran serta membantu menghasilkan kolagen, menyebuhkan luka dan antioksidan.

Kebanyakan daripada kita boleh mendapatkan jumlah vitamin C yang disyorkan setiap hari dengan memakan buah oren, dan perokok perlu mengambil lebih sebab merokok boleh menjejaskan kandungan vitamin C dalam badan.

Mikrobiotik dalam perut

Mikrobiotik merupakan komuti trilion bakteria, fungi dan lain-lain mikroorganisme yang menghuni badan kita, mereka menghuni terutamanya dalam usus.

Gastrousus ini bukan sahaja  menjadi tempat untuk mikrobiotik tetapi juga mempunyai kumpulan sel-sel untuk sistem ketahanan badan.

Mikrobiotik dalam usus didapati berrkomunikasi dengan sel ketahanan diri yang mengawal bagaimana sistem ketahanan bekerja dan bertindak balas terhadap jangkitan.

Untuk itu memastikan bakteria yang sihat dengan prebiotik dan probiotik juga akan memastikan sistem ketahanan berfungsi dengan baik.

Lagi sekali makanan tambahan tidak diperlukan kerana terdapat banyak makanan yang mengandungi khazanah berharga ini. Prebiotik adalah fiber yang tidak dapaat dihadamkan yang menjadi makanan bakteria dan probiotik merupakan sejenis bakteria bermanfaat yang ditemukan dalam yoghurt, cheese dan makanan yang diperam seperti kimchi.

Omega 3

Omega 3 merupakan sebahagian daripada membren yang mengelilingi sel dalam badan kita.

Terdapat tiga bentu asid lemak Omega # – EPA, DHA dan ALA. ALA  adalah asid lemak yang penting bermakna ia belum kita ambil melalui diet dan tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Beberapa kajian menunjukkan Omega 3 dikaitkan dengan peningkatan aktiviti Sel-B bahagian yang sangat penting dalam sistem ketahanan badan.

Kta hanya boleh hasilkan sejumlah kecil EPA, DHA daripada ALA. Jadi adalah penting untuk mendapatkannya melalui diet kita. ALA boleh didapati daripada minyak tumbuhan, kekacang, bijirin. Sementara DHA dan EPA daripada ikan yang berminyak.

Senaman

Sebagai tambahan kepada kaedah pemakanan yang menyokong sistem ketahanan badan kira, senaman juga memainkan peranan.

Senaman didapati memberi tindakan balas kepada sistem badan untuk meningkatkan aktiviti pertahanan. Tabiat senaman secara tetap akan menetapkan semula sistem ketahanan iaitu sesuatu yang dikenali sebagai imunoregulasi.

Tekanan

Sementara tekanan atau stres memang diketahu boleh menjejaskan sistem ini. Stres yang teruk sering dikaitkan dengan kemerosotan sistem ketahanan badan.

While acute stress has been shown to be potentially beneficial for the immune system, chronic stress has been associated with the suppression of immunity.

Secara evolusinya, stres yang teruk akan meningkatkan pengeluaran kortisol iaitu hormon yang menekan sistem ketahanan. – Al Jazeera

Artikel ini dipetik daripada Al Jazeera

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button