Nasional

Covid-19: 15 kes baharu termasuk 12 kes kluster Pedas

SEBANYAK 15 kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam. Dua daripada kes berkenaan melibat kes import terdiri daripada rakyat Malaysia.

Manakala 13 kes lagi merupakan penularan tempatan melibatkan warga asing dengan 12 daripada kes berkenaan melibatkan kluster Pedas dan satu kes dikesan melalui ujian saringan sebelum pembedahan.

Sementara itu menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sebanyak 21 lagi kes telah  pulih menjadikan keseluruhan sembuh seramai 8,177 orang atau 95.23 peratus.

Jumlah kes aktif dan sedang dirawat adalah seramai 289 orang dan tiada kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah 121 orang.-SM

 

 

 

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button