fbpx
Sukan

Conor McGregor mengaku bersalah bertumbuk dalam pub di Dublin

LONDON – Atlet seni mempertahan diri Conor McGregor yang sebelum ini tewas dalam siri UFC kepada Khabib Nurmagomedov mengaku bersalah atas pertuduhan bergaduh di tempat awam dalam sebuah pub di Dublin, Ireland.

Rakaman kejadian itu yang tersebar pada Ogos lalu memperlihatkan McGregor menumbuk Desmond Keogh di kepala dalam pub berkenaan.

Pada jumaat lalu McGregor didapati bersalah dan dikenakan denda 1,000 euro.

McGregor sedang mempromosikan jenama araknya sendiri di pub berkenaan apabila kejadian itu berlaku.

Warga Ireland itu mengumumkan persaraannya daripada UFC pada Mac lalu, namun merancang untuk kembali ke arena pertarungan pada Januari 2020. – BBC


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button