Nasionalpilihan

Lapan fokus utama Bajet 2024 bagi negeri Melaka

Bajet 2024 negeri Melaka akan memberi tumpuan kepada lapan fokus utama bagi membolehkan seluruh lapisan masyarakat mendapat manfaat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, melonjakkan tahap pencapaian ekonomi menjadi fokus utama dalam bajet berkenaan.

Menurutnya, selain itu fokus turut diberikan kepada mewujudkan kesejahteraan sosial dan menjana pertumbuhan ekonomi lebih rancak adalah antara fokus untuk membantu golongan B40.

“Selain itu tumpuan turut diberikan bagi membangunkan Melaka sebagai pusat kecemerlangan program Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

“Memperkasakan sektor pelancongan melalui penganjuran pelbagai program sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) turut diberikan perhatian utama.

“Tidak terkecuali menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur serta menyediakan prasarana untuk keperluan tenaga kerja industri yang akan melabur di negeri ini,” ujarnya ketika berucap pada Sesi Townhall Bajet 2024 Negeri Melaka di sini, hari ini.

Ab. Rauf berkata, tumpuan juga turut diberikan bagi menyediakan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan serta menyegerakan pendigitalan 4G dan 5G.

Selain itu katanya, usaha untuk meningkatkan prestasi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri turut diberikan keutamaan termasuk memperkasakan inisiatif di bawah pentadbiran Ketua Menteri dan membudayakan seni, warisan dan budaya Negeri Melaka.

Jelasnya, beliau berharap pembentangan bajet kali ini lebih meluas termasuk peruntukan kepada sektor pembangunan.

Seramai 100 peserta termasuk barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (Exco), timbalan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua- ketua jabatan menghadiri sesi Townhall tersebut. – SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button