BeritaPendidikan

CEO MAIPs antara 3,159 penerima ijazah Istiadat Konvokesyen 17 UniMAP

ARAU 26 Nov. – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor antara 3,159 penerima ijazah pada Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Mohd Nazim, 39, graduan Sarjana Sains Kemanusiaan (Agama) dikurniakan ijazah ini oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor UniMAP.

Istiadat konvokesyen dari 26 hingga 29 November ini yang dilangsung dalam lapan sidang ini diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, daripada 3, 159 graduan itu, 70 (Doktor Falsafah), Sains Sarjana (71), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (45), seorang Sarjana Kemanusiaan, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (1,283), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (530), Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (454), Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (147), Diploma (504), Master Profesional (16), Bacelor Profesional (26) dan Diploma Profesional (12).

Beliau berkata, bagi penerima Doktor Falsafah, sebanyak 46 adalah graduan tempatan dan 24 lagi graduan antarabangsa.

Tanbahnya, bagi penerima Sarjana pula 106 adalah graduan tempatan dan 11 graduan antarabangsa.

Katanya, Tuanku Syed Faizuddin selaku Canselor UniMAP berkenan berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Konvokesyen bagi Sidang 1, 3, 5 dan 7.

Manakala Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor berkenan berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Konvokesyen bagi Sidang 2, 4, 6 dan 8. – SM

(Visited 513 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button