KemalanganNasional

Calon BN DUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy kemalangan

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pasir Besar-Palong, awal pagi tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi catatan di akaun Facebook beliau memaklumkan, kemalangan itu berlaku pada jam 3.25 pagi.

Menurut Asyraf, keadaan pemandu kenderaan tersebut agak kritikal.

“Mohon semua dapat doakan agar kedua-duanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya.

Difahamkan, Mohd Zaidy kini berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Untuk makluman, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, Mohd Zaidy akan bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) S. Surash. – SM

BACA Anak saudara Ismail Sabri kritikal, terlibat kemalangan jalan raya di Gombak

BACA Ketua Eksekutif PERKESO menyantuni waris pekerja gig yang maut dalam kemalangan jalan raya

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button