fbpx
Nasional
Trending

Dedah rakaman perbualan Najib: Apa yang tidak beretika?

TINDAKAN Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi, tiada beza dengan pendedahan hasil serbuan pihak berkuasa terhadap rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila serbuan dibuat antaranya di apartmen Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 2018, banyak barangan milik Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yamg dirampas ditunjukkan kepada orang ramai.

“Samalah juga (dengan pendedahan rakaman), tiada beza… Kita tidak sembunyi pada orang ramai, sehingga sampai ada perbicaraan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020, di Langkawi malam tasi.

Beliau mengulas mengenai tindakan Latheefa yang mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi membabitkan Najib dan beberapa individu lain pada Rabu lalu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini turut meminta agar Latheefa memberi penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu kerana ia mengundang kritikan sesetengah pihak, termasuk rakyat.

I– BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button