PRK

Saya Tidak Menuduh Dan Langsung Tidak Berniat Jahat – Tok Mat

TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau hanya berseloroh apabila mengatakan PRK Kimanis seperi Malaysia lawan Filipina.

Katanya, beliau hanya berkongsi satu jenaka yang lontarkan oleh seorang penyokong BN pada hari penamaan calon.

Apa yang diucapkan itu katanya, hanya berseloroh dengan mengulangi apa yang dikatakan oleh seorang lelaki separuh umur pada hari penamaan calon 4 Januari lalu.

” Saya menyatakan secara seloroh pada malam itu bahawa pada pagi penamaan calon itu ada seorang pakcik beritahu saya bahawa ‘datyk pagi ni umpama pasukan Malaysia baju biru itu lawan pasukan Filipina, baju putih.

“Saya mengatakan apa yang dikata oleh pakcik itu bukannya menuduh sesiapa. Itu sahaja dan tidak ada niat mengatakan yang bermaksud jahat.

“Saya tidak tuduh. Saya cuma berseloroh memanjangkan apa yang pakcik itu cakap,” katanya kepada media selepas berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Binsuluk, dekat Membakut  malam tadi.

Turut berceramah Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yaakub Khan dan Shahrol Shiro yang turut menggamatkan suasana ceramah.

Menurut Mohamad, langkah Warisan yang cuba untuk menidakkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk mengelirukan orang ramai semata-mata.

“Kerajaan Warisan di Sabah sekarang ini pun juga merupakan kerajaan campuran antara Dap dan juga PKR dan yang lain-lain.

“Jadi maknanya DAP dan PKR pun parti daripada semenanjung. Ia tidak boleh mengatakan Warisan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan PH di semenanjung ataupun tidak.

“Kalau  kita lihat mereka hanya ada beberapa ahli parlimen tetapi dapat tiga menteri penuh dan dua timbalan menteri.

“Ini jelas menunjukkan bahawa mereka merupakan rakan kongsi kerajaan PH di semenanjung.

“Kerana mahu mengelakkan daripada dituduh sebahagian daripada kerajaan PH kerana prestasi kerajaan PH amat-amat teruk sekali.

“Tidak boleh mengurus negara dengan baik. Kalau kita lihat kerajaan PH tidak ada hala tuju langsung, politik tanah air bercelaru dan dasar luar negara saya tidak faham apa dasar luar negara PH,” katanya. – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button