Politik

Calon BN, 2 Bebas serah borang pencalonan PRK Chini

TIGA orang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangan Negeri (DUN) Chini telah menyerahkan borang pencalonan mereka pagi ini.

Mohd Shukri Mohd Ramli sebagai calon bebas bagi PRK DUN Chini tiba pada pukul 8.36 pagi dengan diiringi Noor Azhar Mohd Sharupi sebagai pencadang dan Sahilawati Hassan sebagai penyokong beliau. Mohd Shukri menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.05 pagi.

Seorang lagi calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin memasuki pusat penamaan jam 8.42 pagi. Beliau menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zin tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Chini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Paloh Hinai Pekan pada jam 8. 55 pagi.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.

Pada PRU14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).-SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button