fbpx
Politik

Foto ini bantu saya untuk terus ‘berlumba’, kata Hannah Yeoh

FOTO pertemuan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin bersama ketua-ketua parti dalam gambungan Perikatan Nasional menarik perhatian Ahli Parlimen DAP Hannah Yeoh.

Menurut Ahli Parlimen Segambut itu, foto berkenaan yang dikongsi di laman Facebook Muhyiddin tidak langsung memberi sebarang inspirasi.

Sebaliknya, menurut bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, gambar tersebut sebaliknya membantu beliau untuk terus berlari dalam ‘perlumbaan’.

“Tak memberi inspirasi langsung. Tetapi gambar ini membantu saya untuk terus berlumba,” ciap Hannah di Twitternya.


Gambar yang dikongi tersebut diambil pada mesyuarat pemimpin tertinggi Perikatan Nasional  mengulangi sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Mereka juga memutuskan untuk memperkuat kerjasama tetapi tidak disebutkan mengenai usaha memformalkan gabungan itu.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata para pemimpin bertemu di Putrajaya.

“Semua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada perdana menteri dan bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Selain Muhyiddin, pemimpin yang hadir adalah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong Presiden MIC Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee.

Turut hadir Presiden PBB Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, Presiden SUPP Prof Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian, Presiden PDP Datuk Sri Tiong King Sing, Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Mesyuarat selama dua jam itu turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional dan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Setiausaha Agung BERSATU.

Kerajaan PH, yang mengambil alih kuasa persekutuan melalui pilihan raya umum pada 2018, tumbang selepas Muhyiddin menarik partinya keluar dari gabungan itu.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri baru pada 1 Mac setelah menyusun gabungan baru yang terdiri daripada Bersatu, bekas wakil rakyat PKR, BN, PAS, GPS, PBS dan Star.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button