Politik

GERAKAN buat persiapan rapi hadapi PRN akan datang

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) sedang membuat persediaan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pembubaran Parlimen akan berlaku pada Mei dan Jun ini.

Presiden GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, arahan telah diberikan kepada pengerusi-pengerusi negeri yang terlibat untuk menghantar senarai nama untuk dicalonkan pada PRN nanti.

“Pengerusi negeri mesti hantar nama bakal calon itu selewat-lewatnya 28 Februari ini kepada pusat untuk membuat tapisan dan penilaian.

“Selepas itu bakal calon ini akan diberikan latihan yang progresif bermula bulan March sehingga Mei sebagai persedian untuk menghadapi PRN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat hari ini

Dalam pada itu, GERAKAN telah membuat keputusan untuk melantikan Speaker GERAKAN, Datuk Dr. Asharuddin Ahmad selaku Pengerusi Pemilihan Calon dan Naib Presiden GERAKAN Koo Shiaw Lee dilantik sebagai Ketua Pengarah pada PRN kali ini.

Pada masa yang sama, negeri-negeri yang tidak terlibat diberi tanggungjawab untuk membantu negeri-negeri yang akan bertanding pada PRN akan datang.

“Contohnya Pahang akan membantu Kelantan dan Terengganu. Sebelah utara Pulau Pinang dibantu oleh Perak.

“Manakala Melaka akan bantu Kedah, Wilayah Persekutuan akan bantu Selangor. Terakahir belah Selatan Negeri Sembilan akan dibantu oleh Johor,” jelasnya.

Selain itu, Dominic menambah, bekas-bekas calon Pilihan Raya Umum dan PRN Melaka serta Johor akan turut dipertanggungjawabkan untuk membantu negeri-negeri yang terlibat.

Dalam pada itu, Dominic lau mengulas insiden ‘mengamuk’ yang berlaku di Hospital Serdang baru-baru ini dan menggesa Menteri Kesihatan untuk menunaikan janji untuk menyelesaikan isu doktor kontrak seperti mana dalam Tawaran Pakatan Harapan sebelum ini.

“Jangan asyik memberi alasan kerana apa yang rakyat mahukan adalah tunaikan janji. Bukannya alasan-alasan semata-mata,” tegasnya.

Artikel berkaitan > PRU15: GERAKAN bakal ketengahkan 80 peratus muka baharu

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button