MahkamahNasional

Bung Moktar dan isteri, Zizie Izette dilepaskan dan dibebaskan kes rasuah RM2.8 juta

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Susulan keputusan itu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid melepas dan membebaskan pasangan suami isteri itu daripada tuduhan berkenaan.

“Isu lepas tanpa bebas yang diberikan mahkamah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid tiada kaitan dengan pembebasan saya,” kata Bung selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, sukar untuk menolak tanggapan dan persepsi masyarat berhubung keputusan mahkamah dengan isu yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu.

Bung yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang kelihatan masih terkejut dengan keputusan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid itu berkata, mahkamah telah mengadili prosiding ini dengan sebaik mungkin.

Menurut Bung, perjuangan barisan peguam yang mewakilinya bersama isteri, Zizie Izette selama lima tahun, dilakukan demi mencapai keadilan.

“Saya bersyukur kerana mahkamah sudah membebaskan saya dan isteri, terima kasih kepada pasukan peguam serta semua yang mendoakan kami di seluruh negara, semoga ALLAH membalas budi baik mereka,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pertuduhan ke atasnya bermotifkan politik, Bung, 66, berkata, beliau tidak menafikan dan mengakui ia menjurus ke arah itu. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA Kes rasuah Bung Moktar- Zizie Izette ditangguh sementara tunggu rayuan

BACA Permohonan semakan kes rasuah Bung Moktar dan Zizie Izette didengar 7 Sept

 

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button