Nasional

Pas cuba mencetuskan huru-hara dalam Pakatan Harapan

PAS sedang cuba untuk mencetuskan huru-hara dalam Pakatan Harapan melalui pendirian terbaharu mereka, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah gimik Pas. Mereka tewas teruk ketika pilihan raya. Dan sekarang mereka mahu menggunakan jalan lain,” kata Anwar kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan serantau mengenai keamanan bersama di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat Pas untuk mengemukakan usul undi pecaya untuk menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pas kini bekerjasama dengan UMNO untuk yang membentuk Muafakat Nasional bagi berhadapan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang.

 

Anwar berkata, Pas berniat jahat dan hanya mahu mencetuskan huru-hara dalam Pakatan Harapan.

Namun, katanya, Pakatan Harapan tidak akan terperangkap dengan agenda Pas itu.

“Saya sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin (dalam PH) dan kami kukuh. Dalam politik terdapat petualang, ada rundingan rasuah, ada orang yang takutkan kedudukan mereka sendiri, jadi terdapat banyak rundingan dalam kalangan sekutu politik,” katanya. -SM

 

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button