NasionalNegeri

“Kita boleh berbalah soal politik tapi tidak boleh korbankan rakyat”-Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Masjid At-Taqwa di Mukim Alor Pasir, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.

“Saya ucap penghargaan buat Menteri Besar kerana berusaha berunding dan memudahkan hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam isu-isu mendesak melibatkan isu banjir dan tebatan banjir.

“Kita boleh berbalah soal politik tetapi tidak boleh sehingga mengorbankan kepentingan rakyat terutamanya di Kelantan,” titip Anwar dalam akaun Facebook beliau.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Berhubung pembangunan Masjid At-Taqwa, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM500,000 telah diluluskan setakat ini di bawah Peruntukan Projek-projek Kecil YAB Perdana Menteri Tahun 2023 bagi menampung sebahagian kos untuk pelaksanaan projek ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM7.76 juta.

Dalam masa yang sama, Anwar turut meluangkan masa hadir ke Kompleks Balai Islam, Kota Bharu bagi bertemu dengan para penjawat awam sambil diapit Menteri Besar.

“Saya tegaskan bahawa ketelanjuran di masa lalu tidak lagi boleh diteruskan dan penjawat awam mesti bersama-sama merungkai permasalahan rakyat dalam usaha kita membangunkan tamadun.

“Keutamaan kini mesti diberikan kepada perkara-perkara asas seperti sekolah-sekolah yang daif dan masalah serta isu rakyat yang lain yang mendesak,” kata Perdana Menteri Anwar. – SM

BACA Gula Rakyat harga dikawal kerajaan, pengeluar tiada subsidi

BACA 330 projek rakyat dimohon Melaka – Ab. Rauf

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button