Politik

Najib pertimbang saman Clare Rewcastle-Brown, Sarawak Report

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan untuk menyaman pengasas portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dia akan menfailkan saman atas beberapa laporan yang ditulis oleh wanita tersebut dalam portal berkenaan.selepas kesnya selesai di mahkamah.

“Dia ni banyak menipu. Ini ialah saman fitnah kedua bagi dia. Selepas kes-kes saya selesai, saya juga pertimbangkan untuk saman dia,” tulis Najib.

Najib berkata antara fitnah yang dibuat oleh Clare terhadap beliau termasuk menuduhnya menyimpan RM100 bilion diseluruh dunia selepas kapal terbangnya mendarat secara senyap-senyap di Malaysia selepas PRU14.

Najib juga berkata, Sarawak Report menggunakan surat palsu untuk fitnahnya mencuri RM10 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Najib mengulas mengenai saman Berkshire Media Sdn Bhd kepada Clare Rewcastle. Syarikat itu telah mengeluarkan surat tuntutan undang-undang kepada Sarawak Report meminta bayaran RM15 juta dan permohonan maaf daripada laman itu.

Tuntutan itu dibuat terhadap  empat artikel dan kicauan di Twitter yang mengandungi tuduhan melibatkan Cambridge Analytica dan pilihan raya umum Malaysia pada tahun 2018.

Firma analisis data dan media digital serta pengasasnya, Muhammad Shaahidullah Shayaa, melalui firma guaman David Gurupatham dan Koay, telah mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 19 Februari kepada pengasas laman pembocor maklumat itu, Clare Rewcastle-Brown di alamatnya di London.

Empat artikel tersebut disiarkan Sarawak Report pada 18, 20, 26 Mac dan 5 Mei 2018. Pada 3 Jan 2019, ciapan Twitter bertajuk “Re: Cambridge Analytica dump data & Malaysia. Artikel kami mulai 2018.”-SM

Clare Rewcastle-Brown turut berhadapan saman fitnah daripada Sultanah Terengganu walaupun editor Sarawak Report itu sudah memohon maaf terhadap dakwaan mengaitkan Sultanah Nur Zahirah dengan skandal 1MDB dalam bukunya.

Berdasarkan writ saman, Sultanah Nur Zahirah sebagai plaintif memfailkan saman dengan menamakan Clare, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd sebagai defendan.

Ia berhubung kenyataan fitnah terhadap Terengganu Investment Authority (TIA) dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu, menggunakan peranannya untuk mempengaruhi penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) serta menolong Jho Low bagi mendapatkan peranan sebagai penasihat dalam TIA serta terbabit dalam amalan rasuah.

Ia fitnah kerana Sultanah Nur Zahirah mendakwa tidak pernah membabitkan diri dengan urusan atau pentadbiran kerajaan atau penubuhan TIA. Sultanah Nur Zahirah mendakwa akibat fitnah itu memalukan dan menjatuhkan reputasinya dalam pandangan masyarakat.

Oleh itu, Sultanah Nur Zahirah menuntut RM100 juta sebagai ganti rugi am daripada ketiga-tiga defendan.-SM

(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button