Auto Travel

BMW Group Malaysia umum harga rasmi bagi fasiliti BMW i–Charging

BMW Group Malaysia baru-baru telah mengumumkan struktur harga rasmi bagi kesemua fasiliti BMW i Charging di seluruh negara dengan matlamat untuk membekalkan akses yang saksama ke atas infrastruktur tersebut, yakni sambil menawarkan pengalaman pemilikan elektrik bertaraf premium yang terunggul buat semua.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Visi kami untuk Alaf Elektrik bukan sahaja berpaksikan perluasan portfolio dan infrastruktur EV (kenderaan elektrik) semata-mata. Sejak sekian lama, kami beriltizam untuk membangunkan sebuah ekosistem yang berlandaskan masa hadapan dan yang menjulang mobiliti berelektrik, berlatarkan cabaran terbesar yang ditanggap oleh orang ramai mengenai EV, iaitu jarak operasi dan ketersediaan fasiliti pengecasan.

Menerusi usaha sama yang kami jalin dengan para peneraju teknologi tempatan dan industri EV sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami berjaya meluaskan rangkaian fasiliti pengecasan kami secara berterusan di mana keperluannya adalah yang tertinggi.

Dengan struktur harga rasmi ini, kami sedang mengambil langkah yang seterusnya dalam ekosistem EV yang semakin matang di Malaysia, dengan membekalkan akses yang saksama dan mencukupi ke atas fasiliti-fasiliti ini buat semua pengguna EV di Malaysia –tanpa mengira jenama dan model kenderaan, kerana elektrifikasi kekal menjadi tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh para pengeluar kenderaan dalam menangani isu perubahan iklim.”

Menerusi kerjasama yang dijalin dengan ChargEV, BMW Group Malaysia berjaya menawarkan akses ke atas sebuah rangkaian infrastruktur yang serba komprehensif –terdiri daripada lebih 400 buah fasiliti pengecasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Rangkaian infrastruktur ini mencakupi Pengecas AC yang ditempatkan secara strategik di serata negara untuk membolehkan para pengguna berlapang dada dalam perjalanan mereka, biar di dalam kawasan bandar atau luar negeri.

Para pemilik EV BMW yang menggunakan fasiliti BMW i Charging yang dikuasakan oleh chargEV boleh mendaftarkan diri sebagai ahli dengan bayaran RM240 setiap tahun untuk menikmati kadar pengecasan Bayar Bila Guna yang istimewa, serta akses ke atas Pengecas AC secara percuma di seluruh negara.

Dengan aplikasi mudah alih chargEV, pengguna juga boleh menemukan fasiliti pengecasan yang terletak di lebih 250 buah lokasi di seluruh negara dan boleh menempah stesen pengecas yang diinginkan, mula dan hentikan pengecasan dari jauh, serta melihat status pengecasan kenderaan mereka dalam masa nyata. Para pengguna boleh melayari https://chargenow.chargev.my/untuk mendaftar keahlian chargEV. Struktur harga Bayar Bila Guna bagi pengecasan yang dibuat di mana-mana pusat pengedaran BMW disenaraikandi bawah adalah seperti berikut:

Pusat pengedaran spesifikasi output kadar pemilik BMW Kadar Am

Ingress Auto Damansara* – DC 90kW, dibahagikan kepada 45kW2 x CCS2RM 1.00/minRM 1.40/min

Lee Motors Auto Care – DC 30kW – CCS2RM 0.40/minRM 0.60/min

Millennium Welt Seremban – DC 30kW – CCS2RM 0.40/minRM 0.60/min

Millennium Welt Batu Pahat – DC 30kW – CCS2RM 0.40/min

RM 0.60/minMillennium Welt Kuantan – DC 30kW – CCS2RM 0.40/minRM 0.60/min

Millennium Welt KL North* – DC 150kW, dibahagikan kepada 75kW2 x CCS2RM 1.20/minRM 1.50/min

Quill Automobiles Petaling Jaya* – DC 60kW, dibahagikan kepada 30kW2 x CCS2RM 0.40/minRM 0.60/min

Regas Premium Auto* – DC 120kW, dibahagikan kepada 60kW2 x CCS2 Percuma .

Regas Premium Sabah* – DC 120kW, dibahagikan kepada 60kW2 x CCS2RM 1.00/minRM 1.40/min

Seong Hoe Premium Motors – DC 30kW – CCS2RM 0.40/minRM 0.60/min

Tian Siang Premium Auto Ipoh* – DC 120kW, dibahagikan kepada 60kW2 x CCS2RM 1.00/minRM 1.40/min

Tian Siang Premium Auto Butterworth* – DC 120kW, dibahagikan kepada 60kW2 x CCS2RM 1.00/minRM 1.40/min

Wheelcorp Premium Setia Alam* – DC 180kW, dibahagikan kepada 90kW2 x CCS2RM 1.40/minRM 1.80/min

*Pengecas Pantas DC ini dikonfigurasikan kepada dua nozzle pengecasan. Kadar yang dinyatakan adalah secara berasingan untuk setiap nozzle pengecasan individu. Sila rujuk lajur Spesifikasi masing-masing untuk output kuasa setiap nozzle pengecasan individu (30kW/ 45 kW/ 60kW/ 75kW/ 90kW).

“Pemilik EV BMW dan MINI juga bakalmenikmati akses yang lebih luas ke atas fasiliti pengecasan di seluruh negara sementara kami terus menjalin kerjasama dengan pembekal-pembekal pengecas EV seperti JomCharge, dan Tenaga Nasional Berhad di samping ChargEV.

Ia merupakan strategi kami untuk memastikan para pemilik kenderaan elektrik kami mempunyai akses ke atas rangkaian fasiliti pengecasan yang paling ekstensif tidak kira di mana jua mereka berada di Malaysia, sejajar dengan meningkatnya penerimagunaan mobiliti berelektrik sejak perungkaian barisan kenderaan BMW i generasi baharuyang dibuat pada awal tahun ini. Para pelanggan dan warga umum juga bakal menyaksikan banyak lagi fasiliti BMW i Charging didirikan di kawasan-kawasan tumpuan utama,” kata de Visser lagi.

Kredit: EnjinDotCom

 

 

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button