NasionalNegeri

Kawalan sempadan diperkasa guna peralatan canggih

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis penyampaian sumbangan kuih raya kepada pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sempadan Malaysia-Thailand 2024 di SKS Wang Kelian, Kaki Bukit, Padang Besar, petang semalam.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullaill bertitah, sudah sampai masanya penggunaan Kecerdasan Buatan atau “Artificial Intelligence” (AI), dron dan kamera litar tertutup (CCTV) yang lebih canggih ini dapat dilaksanakan di lokasi yang strategik sebagaimana dilakukan oleh negara-negara maju bagi memperkasakan tugas mengawal sempadan supaya tidak mudah dibolosi.

Baginda bertitah, bagi menangani ancaman dan jenayah rentas sempadan ini, satu dasar holistik perlu terus dibentuk khususnya antara Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.

“Ini termasuklah keperluan menjalin kerjasama strategik dengan negara jiran, khususnya bagi kita di sini iaitu Perlis yang bersempadan dengan Thailand,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra sempena majlis penyampaian sumbangan kuih raya kepada pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sempadan Malaysia-Thailand 2024.

Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis di Stesen Kawalan Sempadan (SKS), Wang Kelian, Kaki Bukit, Padang Besar, petang semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen yang berkenan mengurniakan sumbangan kuih raya kepada pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sempadan Malaysia-Thailand 2024 di SKS Wang Kelian, Kaki Bukit, Padang Besar, petang semalam.

Pada tahun ini, JPJ Perlis telah dipilih untuk menjadi tuan rumah yang mana setiap tahun pihak kerajaan negeri akan menganjurkan majlis sumbangan kuih raya dan agensi kerajaan secara bergilir.

Berkenan berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Rospiagos Taha dan Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, diharap anggota keselamatan di sempadan juga sentiasa peka dan waspada khususnya di bulan Ramadan dan ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Pastikan terutamanya dalam sempadan kedaulatan negara baik darat mahupun perairan kita tidak dicemari dengan insiden penyeludupan barang dan manusia mahupun insiden lain yang boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” titah Baginda.

Titah Baginda, setiap pegawai dan anggota petugas keselamatan juga perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh berintegriti dan berhemah dalam mengawal pintu sempadan negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar kenangam sempena majlis penyampaian sumbangan kuih raya kepada pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sempadan Malaysia-Thailand 2024 di SKS Wang Kelian, Kaki Bukit, Padang Besar, petang semalam.

“Pada kesempatan ini, Beta ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana difahamkan telah meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM14 juta bagi projek pembangunan semula Pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Wang Kelian menjadikan keseluruhan peruntukan sebanyak RM30 juta semasa sesi lawatan ke Perlis pada Isnin lepas,” titah Baginda.

Titah Raja Muda lagi projek ini pastinya akan memberi impak positif kepada landskap pembangunan sempadan secara keseluruhannya terutamanya di Wang Kelian ini. – SM

BACA TLDM terima empat buah bot pemintas FIC G2000 Mk II tingkat keupayaan banteras jenayah rentas sempadan

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button