JenayahNasionalNegeri

Usah spekulasi letupan luar pagar SK Padang Besar

TOLONG jangan buat sebarang spekulasi! Demikian tegas Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner, Mohd Shukri Abdullah ekoran berlakunya satu letupan kuat di bahagian hadapan luar pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Besar, Padang Besar pada kira-kira pukul 4 pagi ini.

Beliau berkata, spekulasi bukan saja menjejaskan siasatan pihak polis malah boleh mengugat keterangan awam.

Mohd Shokri Abdullah

Bagaimanapun, katanya tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata, kejadian ini dilaporkan oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan kepada pihak polis pada pukul 7.30 pagi ini.

Mohd Shokri berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati letupan itu berpunca daripada sebuah objek yang dipercayai buatan sendiri.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Besar bersama Unik Forensik Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Siasatan awal pihak polis mendapati bahan letupan tersebut diperbuat dari paip besi,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Shokri berkata, siasatan masih dijalankan.

Sehubungan itu, katanya polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asissten Superitendan, Harnizam menerusi talian 0115551000.

Mohd Shokri berkata, pihaknya juga akan terus kekal fokus bagi memastikan keselamatan dan awam kekal terpelihara. – SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button