Nasional

Covid-19: Kes tukang gunting rambut Pakistan tidak wujudkan kluster

SEHINGGA kini Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengesan kluster gunting rambut berikutan kes tukang gunting seorang warga Pakistan yang disahkan dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan kementerian mendapati 31 kontak rampat dengan tukang gunting rambut berkenaan.

“Pada mulanya kita kenalpasti ada 40 kontak rapat dengan tukang gunting rambut tersebut. Bagaimanapun selepas siasatan kita sahkan hanya 31 kontak rapat dengan warga Pakistan tersebut.

“Ujian yang dilakukan mendapati 29 daripadanya negatif dan kita tengah tunggu keputusan dua kes lagi. Setakat ini kita tidak mengesan sebarang kluster gunting rambut,” jelas Dr. Noor Hisham.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan menerima notifikasi kes positif COVID-19 melibatkan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan.

Dr Noor Hisham  berkata, lelaki berkenaan yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di ibu negara, menawarkan perkhidmatan berkenaan dari rumah ke rumah atas permintaan klien di kawasan sekitar.

“Hasil siasatan awal, kedai gunting rambut tersebut tidak beroperasi sejak bermulanya fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama iaitu pada 18 Mac, namun beliau terus memberi khidmat gunting rambut dari rumah ke rumah atas permintaan klien,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata lelaki berkenaan didapati positif COVID-19 selepas majikannya membawanya menjalani saringan COVID-19.

“Kedai gunting rambut tersebut mula beroperasi pada 10 Jun dan majikan telah membawa beliau menjalani saringan COVID-19,” katanya.

Lelaki itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, namun punca jangkitan belum dikenal pasti.

Beliau berkata sehingga kini KKM telah mengesan 40 kontak rapat berkaitan iaitu melibatkan 36 klien dan empat rakan serumah dengan kesemua mereka telah menjalani saringan COVID-19 dan diarah menjalani kuarantin di rumah.-SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button